Saturday, October 24, 2020

COVID 19 DAN PKP

 1. PENGENALAN COVID 19


                        # KITA JAGA KITE

      -  Saya Muhammad Lutfil Hadi bin Taufit dan dan berumur 19 tahun.Saya dari kelas Jahitan Pakaian Lelaki.  Pademik Covid 19 dikenali sebagai pandemik koronavirus iaitu satu penyakit yang merbahaya kepada manusia.Virus ini dikesan pada awal disember 2019.Pada mulanya,virus ini merebak di Wuhan,china dan telah diiktiraf oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia.Virus ini merebak kerana pelancong yang melancong ke Negara China pulang ke tanah air.Tanda- tanda dijangkiti ialah demam panas,sesak nafas , batuk, dan dan selsema.

2.  PKP dan Larangan semasa PKP :


                   SEKATAN JALAN RAYA



         - Pada 16 Mac 2020, Perdana Menteri Malaysia iaitu Tan Sri Muhyidin Yasin mengisytiharkan perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuatkuasa mulai 18 Mac sehingga 31 Mac di seluruh Negara untuk dari wabak covid 19.Hampir 50 000 anggota terdiri daripada polis,tentera,Rela dan pihak berkuasa memantau orang ramai terhadap Perintah Kawalan Pergerakan PKP .Larangan yang dilakukan ketika PKP ialah aktiviti keagamaan di masjid,bersukan yang melibatkan penyokong atau orang ramai,aktiviti sosial seperti kenduri-kendara dan sebagainya.


3. Aktiviti Sepanjang PKP :


                  MAKAN BERSAMA-SAMA


                      SOLAT BERJEMAAH                       
             MEMBERI BANTUAN MAKANAN


          - Aktiviti sepanjang PKP ialah rakyat Malaysia perlu kuarintin di rumah selama 14 hari untuk menghentikan wabak korona virus yang mudah tersebar.Selain itu, membantu orang kurang bernasib baik seperti orang yang diberhentikan kerja semasa PKP dilaksanakan.Oleh itu,orang yang berkemampuan membantu menghulurkan bantuan dari segi makanan dan kewangan.Kami mengedarkan bahan makanan dari rumah ke rumah.Selain itu,aktiviti yang dilakukan sepanjang PKP ialah dapat bersama-sama merperbanyakkan ibadat seperti solat dan membaca Al- quran.Selain itu,kami dapat merapat hubungan silaturahim dengan makan bersama-sama keluarga dan rakan.Selain itu,kami bermain sukan seperti permainan Sepak Takraw di dalam dewan semasa PKPB dijalankan.



4. Rumusan


                 PENGGUNAAN SANITIZER

          - Kita semua berharap agar covid 19 ini segera berakhir dengan syarat angka mereka yang dijangkiti covid 19 menurun dari hari ke hari.Terima kasih untuk hero yang tidak didengkan.Mereka terdiri daripada frontliner up bersama berganding bahu dalam mencegah wabak korona virus.Oleh itu,kite haruslah berwaspada dengan virus ini kerana wabak ini sangat berbahaya kerana penyakit ini tidak nampak dengab mata kasar.Akhir sekali,kite hendaklah menjaga diri , keluarga dan negara kita daripada wabak ini agar terus berjaya mencegah wabak korona virus ini.



#KITA JAGA KITA

#STAYSAFE
#PRAYFORMALAYSIA
#TERIMAKASIHFRONTLINER

Monday, March 30, 2020

INTRO DIRI SAYA







Saya MUHAMMAD LUTFIL HADI B. TAUFIT berusia 19 tahun &  berasal dari SEBERANG TAKIR, KUALA NERUS, TERENGGANU.

Ketika ini saya merupakan seorang pelajar semester 2 di INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA ( IKBN 03 ) dalam jurusan Jahitan Pakaian Lelaki ( JPL ).

Saya mengambil jurusan ini minat & mendapat sokongkan daripada kedua ibubapa saya & dengan ini saya beryakinan untuk menjadikan tukang jahit sebagai cita-cita saya.Di harapkan agar cita-cita ini akan menjadi kenyataan di masa depan.

INSYAALLAH